Pada 10 Jun 2013 bertempat di Dewan Gemilang, Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor telah berlangsungnya Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor di antara PKP Wan Umar Bin W. Abdullah dan PP Ahmad Zaini Bin Abu Hassan. Majlis ini turut dihadiri oleh PKK Zainah Binti Hj. Pardi dari Bahagian Pengurusan Banduan Seksyen Vokasional dan Industri selaku saksi majlis tersebut. Turut hadir menyerikan lagi majlis ini ialah pegawai-pegawai kanan dan anggota lain-lain pangkat serta kakitangan awam.
""